Khamis, 16 Mei 2013

KEDEKUT VS PEMURAH




Ada seorang wanita yang datang kepada Nabi s.a.w sedang tangan kanannya dalam keadaan lumpuh. Wanita itu berkata kepada Nabi: Wahai Nabi Allah sudilah kiranya kamu memohonkan kepada Allah, semoga Dia menyembuhkan tanganku yang lumpuh ini. Lalu bertanya Nabi. Apakah yang menyebabkan tanganmu menjadi lumpuh? Wanita itu menceritakan; Pada suatu malam aku bermimpi seakan-akan hari kiamat telah tiba, neraka Jahim telah menyala-yala dan syurga telah tersedia. Pada waktu itu aku mengetahui bahawa ibuku sedang berada didalam neraka Jahim sedang di tanganya telah terdapat sepotong kain dan di tangan yang satu lagi terdapat sepotong lemak. Dengan kain dan lemak itu, ibuku menahan panasnya api neraka. Pada waktu itu pula aku bertanya kepada ibuku. Hai ibu, Mengapa engkau berada didalam jurang ini, sedang ibu dahulu menjadi orang yang taat kepada ibumu. Hai ibu, Mengapa engkau berada didalam jurang ini, sedang ibu dahulu menjadi orang yang taat kepada Allah lagi pula ayah telah merelakan.? Jawab ibuku: Hai anakku,aku didunia adalah orang yang kedekut dandisini adalah tempat orang-orang yang kedekut ditempatkan . 

Aku bertanya kepada ibuku lagi: Apakah ertinya lemak dan kain yang ada ditangan ibu.? Ibuku menjawab: Keduanya itu yang pernah aku dermakan, dan aku belum pernah berderma selama hidup di dunia kecuali dengan keduanya itu. Ibuku berkata lagi.'Ayahmu adalah orang yang dermawan, maka tinggal ditempat orang-orang yang dermawan. Maka aku pun datang ke syurga, dan teryata ayahku sedang berdiri ditelaga engkau wahai Rasulullah, dan ayahku sedang memberi minum kepada orang-orang. Aku berkata pada ayahku. 'Wahai ayahku,sungguh ibuku dan juga isterimu adalah seorang hamba yang taat kepada Tuhan dan engkau merelakannya, sekarang ini sedang berada di neraka Jahanam terbakar, padahal engkau telah memberi minum orang-orang dari telaga Nabi s.a.w. Oleh kerana itu berilah ibuku minum dari telaga ini. Jawab ayahku: Hai anakku, sesungguhnya Allah Taala telah mengharamkan orang-orang yang kedekut dan orang-orang yang berdosa dari telaga Nabi s.a.w  

Maka dengan tanpa diketahui ayahku, aku mengambil air telaga itu satu gelas dan aku berikan kepada ibuku yang sedang kehausan. Tiba-tiba ada suara yang tidak berbentuk: Mudah-mudahan Allah melumpuhkan tanganmu kerana engkau telah memberikan minum kepada orang yang durhaka lagi kedekut dari telaga Nabi s.a.w. Ketika itu akupun bangun dari tidur ku dan ternyata tanganku telah lumpuh seperti ini. 

Selanjutnya setelah Nabi s.a.w mendengarkan cerita wanita tadi, maka Nabi s.a.w meletakkan tangannya pada tangan wanita itu seraya berdoa. Ya Tuhanku,dengan kebenaran mimpi yang diceritakan oleh wanita ini, maka sembuhkanlah tangannya. Maka tangan wanita itu tiba-tiba pulih seperti sediakala. Kiranya dari cerita itu dapatlah dijadikan tauladan untuk kita tidak menjadi orang yang kedekut dari bersedekah dan menderma.

Rasulullah bersabda pula: Tiadanya seorang Muslim yang memberi makan kepada saudaranya sehingga kenyang dan memberi minum sehingga puas, kecuali dijauhkan oleh Allah dari neraka dan dia menjadikan batas pemisah antara dia dan neraka sejauh perjalanan lima ratus tahun. Dan neraka Jahanan berdoa' Ya Yuhanku, perkenankanlah aku sujud kerana syukur kepada Engkau, sungguh aku menghendaki agar Muhammad dari siksaku, kerana aku malu kepada Muhammad bila aku menyiksa seorang dermawan dari umatnya. Maka aku harus taat kepada Engkau. Kemudian Allah menyuruh masuk syurga orang yang mendermakan sepotong roti atau segenggam kurma.

Dan sabdanya yang lain: Orang yang kedekut itu tidak akan masuk syurga meskipun dia seorang zahid (orang yang meninggalkan urusan dunia kerana kesibukan beribadat).  






Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates