Isnin, 14 Mei 2012

Nukilan Buat Bonda (Khas buat Zainun Bt Ali)

Nukilan Buat Bonda (Khas buat Zainun Bt Ali)

i.
dari kecil kau belajar bersusah payah, bekerja pada usia muda demi membantu menyara keluarga. kehidupanmu yg tdk terlalu senang, mjadikanmu seorg yg tabah. ko membesar mjadi seorg wanita yg cekal...
ii.
tahun 2002 merupakan tahun kesedihan buatmu. kehilangan dua insan tercinta iaitu suami dan anak perempuan tunggal keluarga telah meluruhkan semangatmu. anak perempuan kebanggaan keluarga tiba-tiba pergi mengadap Ilahi tanpa diduga. terkapai dlm tangisan engkau menahan kesedihan. setiap subuh airmatamu mengalir. pd masa itu aku masih mentah, mungkin tdk dpt aku pengertian kesedihanmu itu. ttp melihat keadaanmu, membuatkan aku turut resah...

iii.
sebagai ibu tunggal, engkau pantas berdiri mencari panduan utk terus berdikari. demi menyara keluarga yg dicintai, engkau sanggup bergadai n menempuhi ranjau duri dalam membesarkan kami. menjadi pengasuh demi mencari nafkah menyuapkan kami nasi dan perbelanjaan sekolah. pada waktu itu, kita amat sukar. engkau menebalkan muka naik turun pejabat demi mendapatkan bantuan persekolahan. syahdu melihat engkau bersungguh demi kami...

iv.
setiap permintaan ko cuba penuhi. mkn pakai kami semua dilengkapi. duit sekolah tdk pernah tdk diberi. seawal pg engkau bangun menyiapkan kami sarapan dan kadang kala utk bekalan ke sekolah. aku masih ingat pd waktu itu, duit belanja sekolah rendahku hanya 60 sehari. sekolah menengah pula cuma rm1 sehari. mungkin bg org lain itu mungkin tdk mencukupi, tp bg aku n adik beradik yg lain, krn duit sekecil itu kami belajar menghargai dgn apa yg dberi. kerana itu juga kami belajar berdikari. mjadi seorg lelaki yg cekal berdiri.

v.
segala jerih perih pengorbananmu selama ini amat berbaloi. seorg demi seorg anakmu berjaya berdikari dan berjaya mencapai cita2 yg diimpi. kini kehidupan kita sudah berubah. skrang masamu hanya utk merehatkan diri. anak2 mu yg setia membalas setiap apa yg engkau beri. walaupun kami tahu, tdk berbalas dgn perngorbananmu, tp kini engkau mampu tersenyum. setiap apa yg dihajati pasti akan kami penuhi. tiada lagi duka dlm kehidupan kita. kita bersama mencari sinar bahagia. saling menghormati, saling memberi dan saling mempercayai. setiap katamu kami patuhi. setiap laranganmu kami jauhi. apa yg keluar di mulutmu itu yg kami cuba kerjakan. sebagai tanda kami amat menyangimu.

vi.
walaupun setiap apa yg kami berikan tdk dpt menandingi apa yg telah engkau perjuangan, namun kami ingin engkau tahu bahawa kami amat2 menyanyangimu.
engkaulah ratu hatiku.. ibu engkaulah insan kami sanjungi...
kami syg ibu (Zainun Bt Ali)

khas dr anakmu..
Ayah Ustaz
Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates