Ada seorang wanita yang datang kepada Nabi s.a.w
sedang tangan kanannya dalam keadaan lumpuh. Wanita itu berkata kepada Nabi:
Wahai Nabi Allah sudilah kiranya kamu memohonkan kepada Allah, semoga Dia
menyembuhkan tanganku yang lumpuh ini. Lalu bertanya Nabi. Apakah yang
menyebabkan tanganmu menjadi lumpuh? Wanita itu menceritakan; Pada suatu malam
aku bermimpi seakan-akan hari kiamat telah tiba, neraka Jahim telah
menyala-yala dan syurga telah tersedia. Pada waktu itu aku mengetahui bahawa
ibuku sedang berada didalam neraka Jahim sedang di tanganya telah terdapat
sepotong kain dan di tangan yang satu lagi terdapat sepotong lemak. Dengan kain
dan lemak itu, ibuku menahan panasnya api neraka. Pada waktu itu pula aku
bertanya kepada ibuku. Hai ibu, Mengapa engkau berada didalam jurang ini,
sedang ibu dahulu menjadi orang yang taat kepada ibumu. Hai ibu, Mengapa engkau
berada didalam jurang ini, sedang ibu dahulu menjadi orang yang taat kepada
Allah lagi pula ayah telah merelakan.? Jawab ibuku: Hai anakku,aku didunia
adalah orang yang kedekut dandisini adalah tempat orang-orang yang kedekut
ditempatkan .
Aku bertanya kepada ibuku lagi: Apakah ertinya lemak dan kain
yang ada ditangan ibu.? Ibuku menjawab: Keduanya itu yang pernah aku dermakan,
dan aku belum pernah berderma selama hidup di dunia kecuali dengan keduanya
itu. Ibuku berkata lagi.'Ayahmu adalah orang yang dermawan, maka tinggal
ditempat orang-orang yang dermawan. Maka aku pun datang ke syurga, dan teryata
ayahku sedang berdiri ditelaga engkau wahai Rasulullah, dan ayahku sedang
memberi minum kepada orang-orang. Aku berkata pada ayahku. 'Wahai
ayahku,sungguh ibuku dan juga isterimu adalah seorang hamba yang taat kepada
Tuhan dan engkau merelakannya, sekarang ini sedang berada di neraka Jahanam
terbakar, padahal engkau telah memberi minum orang-orang dari telaga Nabi
s.a.w. Oleh kerana itu berilah ibuku minum dari telaga ini. Jawab ayahku: Hai
anakku, sesungguhnya Allah Taala telah mengharamkan orang-orang yang kedekut
dan orang-orang yang berdosa dari telaga Nabi s.a.w
Maka dengan tanpa diketahui ayahku, aku mengambil
air telaga itu satu gelas dan aku berikan kepada ibuku yang sedang kehausan.
Tiba-tiba ada suara yang tidak berbentuk: Mudah-mudahan Allah melumpuhkan
tanganmu kerana engkau telah memberikan minum kepada orang yang durhaka lagi
kedekut dari telaga Nabi s.a.w. Ketika itu akupun bangun dari tidur ku dan
ternyata tanganku telah lumpuh seperti ini.
Selanjutnya setelah Nabi s.a.w mendengarkan cerita
wanita tadi, maka Nabi s.a.w meletakkan tangannya pada tangan wanita itu seraya
berdoa. Ya Tuhanku,dengan kebenaran mimpi yang diceritakan oleh wanita ini,
maka sembuhkanlah tangannya. Maka tangan wanita itu tiba-tiba pulih seperti
sediakala. Kiranya dari cerita itu dapatlah dijadikan tauladan untuk kita tidak
menjadi orang yang kedekut dari bersedekah dan menderma.
Rasulullah bersabda pula: Tiadanya seorang Muslim
yang memberi makan kepada saudaranya sehingga kenyang dan memberi minum
sehingga puas, kecuali dijauhkan oleh Allah dari neraka dan dia menjadikan
batas pemisah antara dia dan neraka sejauh perjalanan lima ratus tahun. Dan
neraka Jahanan berdoa' Ya Yuhanku, perkenankanlah aku sujud kerana syukur
kepada Engkau, sungguh aku menghendaki agar Muhammad dari siksaku, kerana aku
malu kepada Muhammad bila aku menyiksa seorang dermawan dari umatnya. Maka aku
harus taat kepada Engkau. Kemudian Allah menyuruh masuk syurga orang yang
mendermakan sepotong roti atau segenggam kurma.
Dan sabdanya yang lain: Orang yang kedekut itu tidak
akan masuk syurga meskipun dia seorang zahid (orang yang meninggalkan urusan
dunia kerana kesibukan beribadat).
0 ulasan:
Catat Ulasan